Welcome..

Friday, 6 November 2015

CARA BUAT PENGELUARAN SEBAHAGIAN INSURAN ANDA

CARA BUAT TUNTUTAN SEBAHAGIAN ETIQA TAKAFUL


Image result for etiqa

Tentu ramai di antara kita yang mempunyai insuran peribadi.Tak kiralah syarikat mana, yang penting kita dilindungi.Namun demikian ramai yang tidak membaca terma dan syarat semasa menandatangani insuran...OOPPSS saya pn begitu juga,  hihih...baca sebahagian je...yang lain tu Ejen yang terangkan..

Ejen insuran ini kadang-kadang tidak menerangkan secara keseluruhan kelebihan atau kekurangan insuran yang kita pilih itu. Sehinggakan ada yang terminate apabila beberapa bulan atau tahun membayar insuran tersebut. Kita rasa tertipu...Perkara seumpama ini memang kerap berlaku.Saya sendiri mengalaminya.

Walau bagaimanapun, insuran ini sememangnya sesuatu keperluan yang sangat penting sekiranya kita mampu.Saya mengambil insuran dengan Etiqa Takaful dulunya dikenali sebagai Takaful Nasional sebelum diambil alih oleh Maybank Bhd.Saya mengambil Pelan Mesra (Insuran + simpanan)

Pelan ini disamping kita dilindungi, ianya juga sebagai simpanan kita. Ok..melalui Pelan ini, begitu juga dengan pelan yang lain. Kita sebenarnya boleh mengeluarkan sebahagian dari simpanan kita. Caranya adalah..Di sini saya terangkan cara caranya...Image result for etiqa

Langkah Pertama.

Hubungi saja talian Etiqa Online call centre at 1300 13 8888. Jika bernasib baik, talian anda akan disambung kepada suara wanita yang ayu..hihihi. Kemudain maklumkan bahawa anda ingin membuat Pengeluaran Sebahagian daripada insuran anda. Pelbagai soalan akan ditanya berkaitan butir-butir pemegang kontrak.Macam temuduga pulak hahaha...Untuk makluman anda boleh tanya berapa yang boleh kita dapat sekiranya ingin buat pengeluaran..Kita boleh keluarkan 80% dari simpanan kita. Tanyalah ape2 je kalau masih tak jelas.

Kemudian....

Mintalah Borang untuk membuat pengeluaran, minta Fax ke, Email ke...jangan lupa minta nama pegawai yang kita sedang berurusan serta fax diorang agar mudah nanti nak hantar dokumen.

 


Langkah Kedua 

Isi borang dan sertakan dokumen berkaitan.Faxkan dokumen tersebut, jangan lupa buat surat iringan
dan mention nama pegawai yang akan menerima dokumen tersebut.SELESAI ...

Langkah Ketiga

Follow up permohonan kita.

Tu je....Senang kan...

Permohonan aku selesai dalam 2 minggu je, duit terus masuk ke dalam akaun...Senang hati....










Click Here!!