PENYAKIT DARAH TINGGI
Definisi :
Tekanan Darah Tinggi merupakan satu keadaan di mana bacaan
tekanan darah melebihi 140/90 meningkat secara berterusan. Seseorang itu
diklasifikasikan sebagai penghidap darah tinggi setelah ujian ulangan
dilakukan beberapa kali. Bagaimanapun, seseorang tidak dikategorikan
sebagai penghidap darah tinggi jika bacaan tekanan darah yang melebihi
paras biasa hanya sekali.
Kajian telah menunjukkan sebanyak 4.8 juta daripada keseluruhan
jumlah penduduk di Malaysia menghidapi penyakit darah tinggi dan 2 per 3
tidak menyedari yang mereka sedang menghadapi penyakit ini. Malah
mereka tidak hirau langsung dan menganggap perkara ini tidak serius.
KESAN PENYAKIT DARAH TINGGI
Strok/otak:
Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah
yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah
dan kemudiannya mengalir ke otak. Ini boleh mengakibatkan strok.
Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh
juga terjadi.
Gangguan penglihatan/mata:
Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di
mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan
boleh mengakibatkan buta.
Arteri/arteri:
Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di
jantung, otak dan buah pinggang. Tekanan darah yang tinggi dikaitkan
sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan
buah pinggang terpaksa bekerja lebih.
Kerosakan buah pinggang/buah pinggang:
Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan
kumuhan badan. Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan
salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.
Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir
ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah.
Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan
perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin
diperlukan.
Serangan jantung/jantung:
Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung.
Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya
jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali
sebagai angina boleh berlaku. Jika aliran udara tersekat, serangan
jantung terjadi.
Kegagalan jantung kongestif: Tekanan
darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah
masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya
bagi keperluan tubuh badan.
PETUA RAWATAN
1. Ambil seikat daun kucai. Tumbuk lumat dan perah sehingga mengeluarkan
air. Minum air tersebut setiap pagi selama sebulan. InsyaAllah penyakit
darah tinggi akan reda.
2. Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis. Minumlah pada
waktu pagi sebelum memakan sesuatu . Buatlah selama seminggu
berturut-turut.
3. Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus
dengan dua cawan air sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan
airnya. Minumlah 2 kali sehari. Amalkan selalu walaupun tekanan darah
tinggi anda sudah menurun. InsyaAllah badan anda akan lebih segar.
4. Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk
air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum
air rebusan serai 2 kali sehari. InsyaAllah penyakit darah tinggi akan
turun.
5. Ambil 3 biji pisang kelat yang masak, diramas dengan kulitnya sekali dam ambil airnya dibuat minum.
6. Ambil air kelapa muda segelas, dibubuh sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacau dan minum. Buat 2 kali seminggu.